Kini bidang keusahawanan telah menjadi suatu
bidang kerjaya yang dapat dibanggakan. Usahawan bermaksud individu yang
mengusahakan sesuatu perusahaan sehingga
berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan
yang strategik untuk terus berjaya.
Selain itu, keusahawanan juga dapat ditakrifkan sebagai perilaku
atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang
dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. Motif
seseorang menjadi usahawan adalah faktor pendorong seseorang menceburkan
diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik
(pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor).
Menurut (Meredith, Nelson dan Neck,1982,dalam
buku prinsip-prinsip keusahawanan edisi kedua:4) usahawan merupakan orang yang
mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan
sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan yang bersesuaian
demi memastikan kejayaan. Keusahawanan sebagai tindakan kreatif manusia
membangunkan sesuatu yang bernilai
daripada sesuatu yang tidak bernilai (Jeffrey A. Thomas, dalam buku pengajian
perniagaan penggal 3,2005-2010:2). Selain itu, menurut (Gather, dalam buku
menjadi usahawan,2003:5) keusahawanan ialah proses penciptaan sesebuah
organisasi. Terdapat pelbagai pendapat lagi yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh
yang terkenal seperti yang dinyatakan di atas.
Usahawan yang berjaya dapat dibezakan
daripada individu yang lain. Seseorang usahawan dikatakan mempunyai
ciri-ciri profil diri yang unik dan
berbeza daripada individu bukan usahawan. Untuk menjadi seorang usahawan,
mereka haruslah mempunyai ciri-cirinya.
Antara ciri-ciri yang harus ada pada seseorang usahawan ialah proaktif,
berwawasan, taat, mengambil risiko terbuka, kegagalan adalah satu pilihan,
rangkaian, budaya terbuka, berorientasikan pasukan, dan berorientasikan hasil. Kesemua
ciri-ciri usahawan ini harus ada dalam diri setiap usahawan untuk menjadikan
mereka menjadi seorang usahawan yang terkenal dan berjaya sehingga ke peringkat
global.
Antara usahawan yang menarik perhatian
kumpulan kami ialah Datuk Jimmy Choo. Datuk Jimmy Choo merupakan pengusaha
kasut yang terkenal. Beliau telah berjaya memasarkan keluaran produknya ke
beberapa negara. Beliau juga dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya
memperkenalkan nama Malaysia di seluruh dunia fesyen serta sentimen patriotik
yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang negara Malaysia. Antara lima ciri
usahawan paling ketara yang ada pada usahawan berjaya ini ialah beliau menganggap kegagalan
sebagai satu pilihan, mempunyai budaya terbuka, berwawasan, berani mengambil
risiko dan seorang yang proaktif dalam menjalankan perniagaannya. Kelima-lima
ciri usahawan yang ada dalam diri Datuk Jimmy Choo ini membuatkan beliau
menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal.
2.0 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
Mengambil Risiko Terbuka
Risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan diri seseorang usahawan. Usahawan
harus membuat penilaian dan pertimbangan
terhadap risiko. Hal ini kerana risiko yang telah diperhitungkan akan menjamin
pulangan yang selamat. Seseorang usahawan akan mengambil risiko yang sederhana
iaitu boleh dikawal, munasabah, dan berpatutan. Seseorang usahawan perlu berani
mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambil untuk memajukan perniagaan
mereka seperti risiko kerugian. Risiko juga adalah keadaan ketidakpastian dalam
membuat sesuatu keputusan dan kesannya juga haruslah ditanggung oleh pembuat
keputusan. Selain itu, usahawan perlulah membuat pertimbangan dan penilaian
terhadap risiko. Usahawan terdedah kepada pelbagai risiko. Risiko bermula
apabila seseorang usahawan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Antara contoh usahawan yang berani dalam menghadapi
risiko ialah Tan Sri Dr. Jeffry Cheah. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Sunway. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dibesarkan di Pusing, Perak. Beliau
mendapat pendidikan dari Footscray Institute of Technology, Australia. Selepas
menghabiskan pengajian beliau bekerja sebagai akauntan di kilang pemasangan
motor.
Pada tahun 1985, Malaysia telah dilanda kegawatan ekonomi
dan menyebabkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi dan
hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya pada tahun 1987. Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah berani mengambil langkah mengurangkan risiko iaitu dengan mempelbagaikan
jenis perniagaanya seperti sektor pembangunan hartanah pembuatan, pelaburan
hartanah, hiburan dan perhotelan. Beliau telah berjaya mewujudkan Sunway
Construction Berhad, Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah contoh berjaya kerana beliau mempunyai
sikapnya yang suka belajar daripada kegagalan membawa kejayaan kepada beliau.
Oleh itu, seseorang usahawan yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berani untuk
berhadapan dengan risiko.
Wawasan
Seseorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai wawasan atau matlamat masa
depan yang jelas dan optimistik.
Usahawan yang mempunyai wawasan akan menetapkan matlamat jangka masa pendek
dan jangka masa panjang sebagai hala tuju dan landasan operasi perniagaan yang
dijalankan terus maju dan mamapu bersaing secara positif dengan pesaingnya.
Dengan kata lain wawasan merupakan matlamat yang ditetapkan untuk mencapai
sesuatu kejayaan. Usahawan dapat melihat
peluang yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang kreatif dan inovatif.
Usahawan akan berlipatgandakan usahanya dan
mengharungi segala cabaran serta tidak mudah berputus asa demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Antara contoh usahawan yang mempunyai wawasan ialah
ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan
yang berjaya ialah berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau
meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level
yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang
lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi
pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki
oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi
kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Sebagai seorang usahawan yang
berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan
dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu Membantu golongan
wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk
tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana
pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.
Rangkaian
Rangkaian adalah alat perniagaan yang memainkan peranan
yang penting dalam mencapai kejayaan. Kepelbagaian rangkaian sama ada di dalam
mahupun luar organisasi amat diperlukan oleh sesorang usahawan dalam
menjalankan aktivitinya. Rakaian luaran ataupun dalaman terdiri daripada
pihak-pihak yang berkepentingan seperti pekerja, pembekal, kerajaan, perlabur,
masyarakat dan sebagainya. Hubungan baik diantara pihak yang berkepentingan ini
membantu usahawan mendapatkan sokongan serta kerjasama dari lingkaran
rangkaiannya. Keusahawanan melibatkan penciptaan usaha niaga baharu melalui
empat dimensi utama yang melibatkan individu, organisasi, persekitaran dan
proses serta dibantu oleh suatu rangkaian kerjasama yang komprehensif yang
terdiri daripada pihak kerajaan, intitusi pendidikan, dan institusi-institusi
lain yang berkaitan (Kuratko dan Hodgetts,1995: dalam buku pengajian perniagaan
penggal 3, 2005-2010:2).
Antara contoh usahawan yang mempunyai sifat begini adalah
salah satu pemilik hotel yang terkenal iaitu Conrad Hilton. Hilton telah
berjaya mengembangkan perniagaannya di luar kawasan Texas dengan pembinaan
Tevens Hotel di Chicago dan Waldort-Astaria di New York. Selepas itu, beliau
menubuhkan Hilton Hotel Corporation pada tahun 1946 dan Hilton Internatinal
Syarikat pada tahun 1948. Dalam usaha untuk mngembangkan perniagaan, beliau
tekah bekerjasama dengan Centurion Development Group Amerika dan membeli rantaian
Statler Hotel, yang menjadikannya syarikat hospitality terbesar di dunia pada
tahun 1954. Beliau juga membuat perjanjian dengan pekerja dalam syarikat
tambang, Glenn H. McCarthy yang mempunyai harta Shamrock Hotel telah dinamakan
semula kepada Shamrock Hilton.
Proaktif
Usahawan yang mempunyai ciri proaktif bakal mengambil
peluang terhadap perubahan persekitaran yang berlaku dengan cepat dan pantas. Usahawan
akan bertindak secara proaktif dan tidak menunggu masa yang lama sehingga pihak
lain merebut peluang tersebut. Selain
itu, individu yang proaktif mempunyai sikap efektif iaitu tidak menunggu arahan
daripada ketua untuk memulakan sesuatu kerja. Usahawan yang efektif akan
sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas untuk membaiki keadaan
yang sedia ada dengan memperbetulkan sebarang masalah atau kekurangan yang
timbul.
Antara tokoh usahawan yang terkenal yang mempunyai sikap
proaktif ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau mempunyai sikap yang
proaktif dalam sesuatu tindakan. Usahawan yang berjaya perlu bijak membuat
peluang dan bersikap pandang ke hadapan mendahului orang lain. Sebagai contoh,
Tan Sri Syed Mokhtar telah membina Kompleks Perniagaan (SOUQ) Al Bukhary yang
bernilai RM400 juta. Kompleks itu diberi nama sebagai Pusat Kecemerlangan
Sharifah Rokiah. Selain itu, beliau membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia
di Kuala Lumpur. Beliau juga dikenali dengan melakukan kebajikan dengan membina
pusat-pusat penjagaan dan penyelidikan. Penghasilah produk yang bersifat umum dan
sesuai untuk masyarakat berbilang kaum terutama sekali di Malaysia yang
penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Oleh itu,
usahawan yang mempraktikkan sifat ini mampu menarik pelanggan yang ramai
seterusnya dapat menjana keuntungan kepada syarikat ekoran daripada penjualan
yang bersesuaian untuk para pelanggan.
PEMERHATI
“Observant” membawa maksud taat atau dalam konteks perniagaan, bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya mempunyai ciri pemerhati yang peka terhadap keadaan sekeliling. Kebijaksanaan melihat keperluan masyarakat hari ini yang mempunyai masa yang terhad untuk melakukan sesuatu kerja membolehkan usahawan itu mengorak langkah lebih ke hadapan berbanding usahawan lain. Dengan pemerhatian, usahawan boleh menghasilkan idea untuk menaikkan lagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang dianalisis secara terperinci bagi menjamin barang dan perkhidmatan boleh diguna pakai bagi jangka masa panjang.
Tokoh
usahawan yang mempunyai keupayaan pemerhatiaan yang tinggi adalah Steven Paul
Job atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs iaitu seorang tokoh usahawan
berbangsa Amerika Syarikat yang merupakan pengasas, pengerusi dan bekas ketua
pegawai eksekutif Apple Inc. Perwatakan Steve Jobs yang sedikit aneh dan
berbeza dengan orang lain serta bersifat egoistik, menjadikan beliau seorang
pemerhati yang luar biasa. Beliau sering turun ke makmal untuk meneliti dan
meneroka setiap genap inci produk yang dihasilkan oleh pereka-pereka dan
jurutera-juruteranya.
Beliau
sedar tentang kuasa dari sesebuah pemerhatian yang menggunakan seluruh deria
tubuh badan. Baginya, melihat dengan mata sama penting dengan menyentuh, merasa
dan menghidu. Pendekatan Steve Jobs dalam memerhatikan dunia sama seperti
tokoh-tokoh terulung dunia yang lain iaitu memiliki sifat ingin tahu yang
sangat tinggi serta tumpuan terhadap perincian. Mereka-mereka ini berbeza
dengan kebanyakan orang lain yang hanya melihat dengan mata kasar, tetapi tidak
dengan mata hati. Mereka yang tajam daya pemerhatian mempunyai kapasiti untuk
mendapat pencapaian yang lebih tinggi, menjiwai dengan lebih mendalam,
bertindak dengan lebih cepat dan pantas dalam berinovasi. Itulah yang
menjadikan seseorang itu luar biasa.
KEGAGALAN SEBAGAI
SATU PILIHAN
Kegagalan
biasanya dipandang dari sudut yang negatif bagi sesetengah pihak.Tiada siapa di
antara kita yang sanggup untuk menanggung risiko menghadapi kegagalan. Namun
kegagalan bukanlah sesuatu yang kita mampu jangkakan terutama apabila kita
terlibat dalam melaksanakan sesuatu projek, kegagalan merupakan risiko yang
perlu diambil. Kegagalan sebenarnya bukanlah bersifat menghukum malahan
sebenarnya mengajar kita untuk tidak melalukan sesuatu perkara yang salah dan
membawa kita ke arah kejayaan yang sebenar. Selain itu, jika kita tidak pernah
gagal, kita tidak dapat mendapatkan apa-apa pengalaman dan sentiasa berada
dalam keadaan yang selesa. Melalui kegagalan, kita akan mendapatkan sesuatu
yang amat berharga iaitu pengalaman. Belajar daripada kegagalan adalah sangat
penting untuk berjaya kerana memberi peluang kepada kita untuk membuka minda
dan lebih teliti dalam setiap perancangan. Tiada individu yang berjaya tanpa
melalui kegagalan dalam kehidupannya.
Rozita
Ibrahim merupakan pengasas Sendayu Tinggi yang boleh dijadikan contoh dari
kehidupan miskin dan kesulitan demi kesulitan, namun akhirnya mencapai kejayaan
cemerlang menerusi Sendayu tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri.
Keperitan hidupnya banyak memberi dorongan untuk memulakan langkah dalam membuat
tindakan. Pada usia muda 18 tahun beliau telah berkahwin dan setelah bercerai
beliau terpaksa membesarkan anak-anaknya dan lebih memeritkan apabila salah
seorang anaknya jatuh sakit dan meninggal kerana tidak mendapat perawatan yang
sepatutnya. Dari keperitan itulah beliau berusaha bekerja macam-macam demi
menyara hidup dan beliau mengambil keputusan dalam keadaan terdesak untuk
membuka perusahaan yang berkaitan herba. Dari sini membuktikan beliau mengambil
semangat daripada kegagalan dan kesedihan yang telah beliau harungi.
Kadang-kadang untuk mendapat kebahagian, kita perlukan pengorbanan.
Pada hari ini, produk yang ada di antara
produk-produk High Sendayu sering menjadi fokus masyarakat di Malaysia. Bahkan,
menghasilkan hasilan Sendayu tinggi kini memiliki tempat di pasar, termasuk di
luar Brunei, Singapura, dan banyak lagi. Pada tahun 2005 hanya terdapat 2.000
pengedar lebih sah. Beberapa pengedar Sendayu tinggi sekitar Kuala Lumpur juga
mengatakan mencatat penjualan sampai mencecah RM1 juta sebulan.
BUDAYA TERBUKA
Budaya
terbuka merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara
bebas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana
perlindungan undang-undang harta intelek semasa seperti pembangunan, penukaran
yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama. Memahami perbezaan
budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam dunia
perniagaan antarabangsa. Usahawan akan menerima cabaran dalam membentangkan dan
memperluaskan perniagaan dalam horizon baru, dan ia benar-benar penting
memahami sepenuhnya apa yang dibincangkan dalam pasaran baru yang merupakan
perancangan untuk memperluaskan perniagaan.
Setiap
usahawan yang berjaya juga perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka. Usahawan
yang mempunyai ciri ini ialah Vivy Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang
usahawan, selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia.
Beliau merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com. Proses
membeli-belah dalam talian adalah bukanlah sesuatu yang baru di United Kingdom
pada masa itu. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan tidak
mahu ketinggalan dalamnya, beliau sentiasa menjaga penampilannya dan sentiasa
tampil feminin dan bergaya. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Malaysia
dan membantu bapanya dalam perniagaan hartanah. Beliau rindu untuk
membeli-belah secara dalam talian kerana kesibukannya dengan tugas-tugas di
pejabat yang menyebabkannya tidak mempunyai masa untuk membeli-belah. Inspirasi
daripada budaya terbuka penduduk UK, beliau sedar bahawa pembangunan teknologi
maklumat yang semakin meningkat dengan pesat membuka banyak peluang.
Beliau
dengan itu memutuskan untuk melancarkan pusat membeli-belah dalam talian yang
dinamakan FashionValet.net pada tahun 2009 setelah mendapat pandangan dan
persetujuan daripada bapanya. Beliau menubuhkan FashionValet.net (FV) sebagai
sebuah hab rekaan fesyen tempatan. Beliau memulakan perniagaan ini dengan
rakan-rakan beliau di UK iaitu Asma 'Nasaruddin dan Fadzarudin Maher yang kini
merupakan suaminya. Tidak boleh mereka fesyen kerana pendidikan pasangan itu
menyimpang jauh daripada dunia fesyen kerana beliau belajar undang-undang
manakala suaminya belajar kejuruteraan aeronautik menyebabkan mereka mencontohi
syarikat perniagaan dalam talian daripada UK iaitu ASOS. Kesimpulannya Vivy
Sofinas Yusof menunjukkan bahawa mengamalkan sifat budaya terbuka adalah
penting untuk seorang usahawan. Ia perlu dijadikan sebagai pengajaran
terutamanya kepada anak muda yang berminat dalam menjalankan perniagaan dalam
talian pada masa hadapan.
BERORIENTASI HASIL
Berorientasikan hasil bermaksud
minda tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Seseorang usahawan akan
membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan,
seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan
dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan
memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu, usahawan akan
berusaha menghasilkan barang baru.
Setiap usahawan mesti mempunyai pandangan jauh mengenai peluang yang ada.
Setiap peluang yang diyakini mampu menjadikan wang kepada mereka maka mereka
pasti akan mencuba melaksanakannya. Hal ini demikian kerana mereka dapat
melihat hasil yang akan diperoleh akibat daripada tindakan mereka dan keadaan
ini akan membuatkan mereka berani mengambil risiko.
Selain itu, usahawan tersebut
sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau
dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya. Serta sentiasa mengambil berat tentang perkiraan
kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan
dan menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk
meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan .
Seperti yang sedia maklum syarikat
Honda merupakan syarikat yang dimiliki oleh jurutera dan usahawan motokar
terkenal dari Jepun iaitu Soichiro Honda. Namun di Malaysia juga terdapat
usahawan yang juga berjaya menaikkan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew.
Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia pada
hari ini. Hal ini demikian kerana, keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan
motosikal yang menepati citarasa pengguna di Negara ini. Idea untuk menjual
motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu Tan Sri Loh Boon Siew bercuti di
Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang
belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh kerana beliau berpendapat bahawa
motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya
yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah maka beliau
mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di Malaysia. ((Tan Sri Loh
Boon Siew: the life and times of a fire dragon. Raymond Flower, Winston Lim,
Cheng Yean Loh (Dato'). SNP Editions. 2006)
Walaubagaimanapun, beliau hanya menjual
motosikal tersebut kepada rakan-rakannya sahaja tanpa mengambil sebarang untung
kerana beliau ingin masyarakat mengenali motosikal tersebut. Beliau juga
ditertawakan oleh masyarakat kerana mereka menganggap bahawa motosikal tersebut
tidak berguna dan cepat rosak namun perkara itu tidak mematahkah semangat
beliau kerana beliau sudah dapat melihat hasil yang akan beliau peroleh dengan
membawa kenderaan itu ke Malaysia. Jangkaan beliau terhadap hasil yang positif
yang akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana pada tahun
1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat
permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini.
Hal ini
menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil mampu
mencipta kejayaan kerana mereka berpandangan jauh dan mepunyai tekad yang
tinggi kerana mereka berusaha untuk merealisasikan perancangan yang ada di
fikiran mereka.
BERORIENTASI PASUKAN
Definisi kerja berpasukan merujuk kepada suasana kerja
dalam pasukan yang mengamalkan nilai kerjasama dan saling berganding bahu dalam
menjalankan tugas untuk mencapai objektif
yang sama. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan telah
menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan
pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang
lain, membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran
anggota-anggota kumpulan. Dalam menghayati semangat bekerja dalam kumpulan atau
‘teamworking’, kemampuan bekerja secara berpasukan yang dimaksudkan juga
meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja dengan orang lain yang datang dari
latar belakang yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat.
Definisi ini turut menekankan bahawa kepentingan matlamat
kumpulan adalah mengatasi kepentingan peribadi walaupun terpaksa bekerja dengan
orang yang tidak dikenali mahupun kurang disenangi. Melalui kerja berpasukan
sebegini juga, sesuatu organisasi sudah pastinya dapat meningkatkan hasil yang
berkualiti tanpa meningkatkan sumber dalam bilangan yang banyak kerana
pembahagian tugas dan jawatan dalam sesuatu organisasi kerja berpasukan
melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat
menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara
bersendirian. Mereka perlu mampu dan bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya.
Ciri kerja berpasukan ini boleh dikaitkan dengan Tan Sri
Tony Fernandes iaitu seorang tokoh usahawan Malaysia berketurunan India. Tan
Sri Tony Fernandes atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes merupakan
pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menawarkan
perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Pada tahun
2001, Tony Fernandes telah mengambil alih sebuah syarikat melalui syarikat Tune
Air Sdn Bhd. Syarikat tersebut dibebani hutang yang banyak sebanyak RM40 juta
dan mempunyai pelbagai rekod buruk. Pada ketika itu, Air Asia hanyalah sebuah
anak syarikat yang ditubuhkan oleh syarikat DRB-Hicom. Walau bagaimanapun,
tindakan Tony Fernandes itu mendapat tentangan ramai orang termasuk pakar-pakar
yang menganggap bahawa rancangan perniagaan beliau yang menawarkan harga tiket
penerbangan yang murah adalah perniagaan yang membawa kerugian. Namun begitu,
beliau tidak mempedulikan anggapan mereka sebaliknya meneruskan konsep perniagaannya itu. Hal ini
dilakukan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan membeli tiket
penerbangan dengan harga yang mahal.
Tidak kiralah secanggih mana pun pesawat atau sistem
teknologi yang digunakan oleh Air Asia
ianya tidak akan bermakna tanpa pekerja yang menggerakkannya. Kerana itulah
syarikat Air Asia dengan bangganya menyatakan di dalam laman webnya bahawa
:“Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the
world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings
to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE one
common culture.”
Di samping itu, dalam melahirkan pasukan kerja yang
berkesan, Tony Fernandes melalui syarikatnya AirAsia bukan sahaja memberikan
latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah turut mengambil kaedah
dengan menubuhkan sebuah Unit Budaya Korporat
yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada
semua pekerjanya. Tan Sri Tony Fernandes pernah berkata bahawa pekerja
diutamakan sebelum pelanggannya. Beliau percaya bahawa dengan bekerja dalam
suasana kerja yang gembira, pekerja beliau akan menjaga pelanggannya juga. Jadi
tidak hairanlah, syarikat tambang murah ini disegani oleh syarikat penerbangan
yang lain yang bertaraf antarabangsa. Dengan ini jelaslah bahawa kerja berpasukan
melalui pengurusan yang berkualiti dengan kerjasama semua pekerja di semua
peringkat sama ada pada peringkat atasan dan bawahan menjamin kejayaan sesebuah
perniagaan.
3.0 Tokoh Usahawan yang Berjaya.
Datuk Jimmy Choo merupakan antara
tokoh usahawan yang menarik perhatian kami. Hal ini demikian kerana beliau
telah berjaya dalam perniagaannya sehingga dapat melebarkan pasaran produknya
hingga ke luar negara. Nama Jimmy
Choo adalah sinonim dengan rekaan produk beliau yang eksklusif dan bergaya.
Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan
kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaan beliau iaitu perniagaan kasut.
Kami memilih datuk Jimmy Choo kerana motivasi positif yang telah diterapkan
dalam diri beliau juga telah menjadikan beliau seorang yang cekal serta
berusaha terus dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam menjadi usahawan yang
berjaya.
Nama
sebenar Datuk Jimmy Choo ialah Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja
namanya pada sijil kelahiran Datuk Jimmy Choo sehingga nama Jimmy Choo itu
dikenali ramai. Datuk Jimmy dilahirkan
di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown,
Pulau Pinang. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kecil di mana
ayahnya juga merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan pembuatan
kasut.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Shih Chung. Namun,Datuk
Jimmy menamatkan pengajiannya ketika beliau berada di tahun enam.Hal ini
demikian kerana ,beliau ingin menolong ayahanya. Malah,Datuk Jimmy Choo telah
berjaya menghasilkan kasut pertama ketika beliau berusia 11 tahun. Setelah
itu,Datuk Jimmy Choo menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan
fesyen di London. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan
Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen dan beliau juga mendapat gelaran
‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang
fesyen. Datuk Jimmy Choo merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang mendapar
anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri
England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
Antara
ciri-ciri usahawan yang dapat dilihat pada Datuk Jimmy Choo ialah kegagalan
sebagai satu pilihan . Hal ini demikian, sebelum beliau menjadi seorang pereka kasut yang berjaya, banyak cabaran
dan rintangan telah dilalui oleh beliau. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh
beliau adalah selepas beliau tamat pengajiannya di London. Datuk Jimmy Choo
cuba untuk membuka kedai kasut dengan menyewa bangunan hospital yang
ditinggalkan oleh Malaysia . Beliau telah mengharungi empat tahun yang
mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.Setelah empat tahun
bertukus-lumus,rekaan beliau mendapat liputan majalah Vogue ,sebuah majalah
fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih
kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot. Namun
begitu, nasib Datuk Jimmy Choo berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana
berkenan dengan rekaan kasut yang dibuat oleh beliau dan Puteri Diana
membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan
rekaan beliau. Oleh sebab itu, nama Datuk Jimmy Choo melonjak naik dan
jualannya melonjak ke langit. Kini, jenama Datuk Jimmy Choo dikaitkan dengan
gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan serata dunia .
Oleh itu,kegagalan atau cabaran bukanlah satu penghalang kepada seorang
usahawan untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dengan suatu
kegagalan kerana dengan mengalami kegagalan kita akan sentiasa untuk
memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik.
Selain itu,ciri usahawan
yang terdapat pada Datuk Jimmy Choo ialah mempunyai sikap budaya terbuka.Hal
ini dapat dilihat dalam membangunkan perniagaannya, beliau
sangat menitikberatkan tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan.
Ini kerana dengan adanya tindakan seperti itu dapat membina hubungan yang
berorientasikan pelanggan. Sikap beliau yang sangat mementingkan kualiti juga
ini telah menyebabkan beliau berjaya dalam mengusahakan syarikatnya. Ini kerana
setiap produk yang dikeluarkan adalah sangat berkualiti tinggi selari dengan
harga yang ditetapkan.Datuk Jimmy Choo juga telah menggunakan media sebagai
saluran maklumat beliau mengenai diskaun serta promosi yang dijalankan oleh
syarikat beliau. Dengan itu, segala maklumat dapat diketahui oleh para
pelanggan mengenai keluaran terbarunya.
Seterusnya,ciri usahawan yang terdapat
pada Datuk Jimmy Choo ialah berwawasan. Setelah berjaya menerpa nama di persada
antarabangsa, Datuk Jimmy Choo telah menjalankan strategi perniagaan beliau
dengan lebih berkesan agar dapat memperkenalkan produk beliau ke seluruh
negara. Oleh itu, beliau telah berjaya membuka syarikat iaitu Jimmy Choo Ltd.
Sebagai pengurus atasan beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan
mengenai hala tuju syarikatnya di samping beliau perlulah memilih saluran
komunikasi yng paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya. Datuk
Jimmy Choo seorang yang berwawasan dalam mengharungi rintangan. Beliau
melakukan pekerjaan secara separuh masa sebagai pencuci di restoran serta
kilang kasut demi menampung kos pengajian pembelajarannya kerana bapa beliau
hanya menanggung kos pengajian beliau pada tahun pertama sahaja. Selepas tamat
pengajiannya, beliau mempunyai wawasan yang jelas untuk membuka kedai kasut
dengan menyewa sebuah bangunan hospital yang lama ditinggalkan. Beliau
mengharungi pelbagai cabaran selama 4 tahun namun jualan kasut beliau amat
menyedihkan. Selepas empat tahun mengharungi cabaran, rekaan beliau telah
mendapat liputan di Majalah Vogue yang merupakan sebuah majalah fesyen terkenal
di UK.
Sehubungan
dengan itu, berani mengambil risiko terbuka juga terdapat pada Datuk Jimmy
Choo. Hal ini demikian kerana beliau hanya bekerja selama dua tahun sebelum
membuka kedainya sendiri. Beliau sendiri menyatakan bahawa, pada masa itu
sangat sukar untuk menjual kasut kerana beliau bukan orang yang terkenal. Penglibatan
beliau di sana bukan senang kerana London bukan kota yang kecil malah kota yang sangat terkenal. Beliau
berkata lagi bahawa,bekerja sebagai orang asing di tanah asing sebenarnya
sangat mencabar. Namun beliau mengambil cabaran itu untuk meneruskan
perniagaannya dan beliau telah berjaya menerpa nama sehingga peringkat
antarabangsa.
Akhir
sekali,ciri usahawan yang dapat dilihat pada Datuk Jimmy Choo ialah proaktif. Beliau
sentiasa melakukan pembaharuan pada rekaannya sehingga kini. Kualiti produknya
juga setanding dengan harganya. Membuatkan pelanggan di seluruh dunia berminat
dan tanpa jemu memilih produknya. Produk beliau juga sentiasa mengikut pengeran
zaman. Selain itu,rekaan yang dihasilkannya juga adalah eksklusif yang mana
membuatkan orang-orang yang ternama dan berpengaruh membeli rekaannya. Datuk
Jimmy Choo juga merupakan pembuat keputusan dalam butik atau syarikatnya. Oleh
itu, beliau terpaksa memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana
untuk mendapatkan banyak pelanggan dan bagaimana untuk memastikan kualiti barangannya.
Beliau juga bertindak sebagai penyelesai masalah gangguan syarikatnya di
Amerika. Contohnya, jika ekonomi merosot, dia terpaksa mencari jalan untuk
menyelesaikannya bagi memulihkan keadaan perniagaannya. Beliau juga berkhidmat
sebagai sumber iaitu pembahagian langkah-langkah untuk membelanjakan sumber kearah
jabatan pemasaran atau pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Selain pembuat
keputusan, beliau juga seorang perunding.beliau berunding dengan pihak luar
mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan reka bentuk yang menarik. Jelaslah
bahawa Datuk Jimmy Choo mempunyai ciri usahawan yang proaktif dalam menjalankan
perniagaannya.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Datuk Jimmy Choo
adalah seorang yang gigih dalam menjalankan perniagaan kasutnya sehiggalah
perniagaannya menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kisah
beliau bolehlah diambil teladan dan penunjuk untuk meahirkan lebih banyak lagi
usahawan yang berjaya seperti beliau di negara ini. Datuk Jimmy Choo juga
seorang usahawan yang berani mencuba dan bersungguh-sungguh untuk membangunkan
perniagaannya. Berdasarkan ciri-ciri usahawan yang ada dalam diri beliau dapat
disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya hingga ke
peringkat global bukanlah mudah ia memerlukan kesabaran dan usaha yang
bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dilakukan dapat dijalankan dengan
sempurna dan berjaya seperti perniagaan Datuk Jimmy Choo ini. Oleh itu,
usahawan-usahawan yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan haruslah
mempunyai sikap seperti Datuk Jimmy Choo dan tokoh-tokoh usahawan yang lain
sebagai penunjuk aras untuk mereka berjaya.
5.0 RUJUKAN
i)
Lauren Goldstein Crowe,2009,
“The Jimmy Choo Story : Power, Profits and the Pursuit of the Perfect Shoe , A&C
Black.
ii)
Mokhtar Pet dan Rafidah
Manap, 2013, “ Ace Ahead Teks STPM
Pengajian Pernigaan : Perniagaan Penggal 3”, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah
Alam.
iii)
Rosli Mahmood . Prinsip-prinsip keusahawanan Edisi Kedua.;cengage
learning,
iv)
Zafir Mohd Makhbul dan
Fazilah Mohamad Hasun, 2003, Menjadi Usahawan, PTS Publishers&Distributors
Sdn Bhd.
v)
2015. tokoh keusahawanan.
diambil dari file:///C:/Users/HP%2014am036TX/Documents/Tokoh%20Keusahawanan_%20TASK%201%20_%20Ciri-ciri%20keusahawanan%20(4.%20Berwawasan).html